Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Friday, April 24, 2009

Kaswi Gandum


Ini untuk minum petang tadi. Air gulanya pagi-pagi lagi dah buat. So siap je masak untuk lunch tadi, terus buat. So bila petang dah cukup sejuk untuk dipotong dan dimakan. Resepi dari kak Liza. Yang paling penting bahan-bahannya mudah dan hasilnya enak sekali.

Kuih Kaswi Gandum
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - mama guna tepung jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Catatan - Kalau tak mahu kelapa parut tu cepat basi, kita kukuskan sekejap. Lepas kuih kaswi kita siap tadi, kita pun kukus kelapa parut tu. Tak perlu buka api pun. Haba air tu pun sudah mencukupi.

Wednesday, March 18, 2009

Karipap

Berjaya juga dengan projek karipap. Karipap inti daging dan keledek. Alang-alang dah buat nie, buat banyak terus, yang lebih tu boleh di frozen kan. Puas hati kalau buat sendiri ni sebab boleh makan ulang-ulang. Kalau beli tu, faham-faham jelah kan... mahal seringgit 3... hehe..

Yang ni, karipap yang telah difrozen kan


KARIPAP DAGING

Sumber: NoorMasri (Mealtimenenus Yahoo Group)


Bahan-bahan Inti:

3 biji kentang dipotong dadu.

200g daging cincang

2 sudu besar rempah kari daging

1 labu bawang besar dipotong dadu

5 ulas bawang merah-ditumbuk

2 ulas bawang putih -ditumbuk

1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk

1 sudu besar udang kering-ditumbuk

Setangkai daun sup }dihiris

Sedikit gula & garam


Cara membuat inti:

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.

Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.

Sebelum diangkat masukkan daun sup.


Bahan-bahan untuk pastri/kulit:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar majerin

air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan

secubit garam masukkan ke dalam air


Cara membuat kulit karipap:

Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.