Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

Telur Goreng Lombok

Hari ni mencuba resepi baru. Resepi ni di cedok dari blog Koleksi Resepi Pilihan Diana, yang sememangnya terkenal dengan pelbagai resepi yang meyelerakan. Jika ingin melihat langkah demi langkah dalam meyediakan resepi ini, bolehlah di klik di sini.

Telur Goreng Lombok

Bahan-bahannya:-

5 biji telur, direbus dan dikupas kulitnya
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 ulas bawang putih, dihiris
7 batang lada hijau, potong serong sepanjang 1 inci
7 batang cili padi hijau, potong setengah tanpa putus
5 batang cili padi merah, potong setengah tanpa putus
2 sudu makan udang kering, dicuci dan toskan
1 biji tomato, potong baji
asam jawa (sebesar setengah biji telur ayam)
air secukupnya
1 inci belacan
garam secukup rasa
gula jika suka
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Cara-caranya:-

1. Telur direbus dan dikupas kulitnya.

2. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kulitnya kekuningan. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Asam dan belacan diramas bersama semangkuk air. Ketepikan.

4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar, lada hijau, cili padi hijau dan merah sehingga layu sedikit.

5. Bila bahan-bahan yang ditumis telah mula layu, masukkan udang kering dan gaul rata. Masak lagi selama 3 minit.

6. Kemudian masukkan air asam dan belacan yang telah disediakan tadi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

7. Masukkan pula telur yang telah digoreng tadi dan renehkan kuahnya sehingga mendidih. Rasakan kuahnya jika ada kurang boleh tambah apa-apa perasa yang patut. Mesti ada rasa masin, masam dan pedas.

8. Setelah kuah mendidih, masukkan tomato gaul rata dan padamkan api. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Tuesday, November 25, 2008

Gulai Telur Itik

Hari ni buat gulai telur itik. Jauh datangnya telur itik ni, nun di Kelantan sana. Itik my MIL bertelur banyak... so separuh buat telur jeruk, yang lebih tuh gulailah.. apa lagi. Telur itik lagi sedap kalau nak buat gulai, lagi sedap daripada telur ayam. Lagipun time kita pecahkan kedalam kuah tuh, elok je dia beku.

Bahan - bahan:-

5 biji telur itik
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 terung - potong
3-4 batang kacang panjang - patah-patahkan
Garam dan gula - secukup rasa.

Cara - caranya:-

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering. Tumis.
3. Masukkan santan cair. Masak perlahan - lahan sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur kedalam periuk satu persatu. Biar mendidih perlahan. Jangan terlalu dikacau, bimbang kuning telur pecah.
5. Bila telur sudah masak, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan sayur terung dan kacang panjang. Masak sebentar.
7. Hidangkan dengan nasi putih.