Cuti sekolah sudah bermula. Dan seperti biasa dapur2 di kejiranan ini akan bising pagi2 buat sarapan. Walaupun bebudak kat rumah nie kecil2 lagi, makan tak makan, masak tetap masak. So layankan ajelah mee goreng yang biasa-biasa aje nie.
Bahan - bahan:-
1 peket mee kuning - basuh bersih
3 ulas bawang putih - ketuk
200g daging - hiris nipis
1 peket fish ball - hiris
5 tangkai sawi - potong
2 sudu lada kering blend
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu sos makan sos tomato
Kicap
Minyak untuk menumus
Cara - caranya :-
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan lada kering blend. Tumis jap.
3 Masukkan daging. Tumis sampai daging masak.
4. Masukkan semua sos.
5. Masukkan sayur sawi dan mee.
6. Masukkan kicap sesedap rasa.
7. Waktu menghidang, taburkan daup sup dan perahkan limau nipis.