Thursday, November 13, 2008

Bihun Goreng Tom Yam

Menu yang simple mimple untuk hari ini. Yang penting ada sentuhan rasa-rasa masam, kalau tak susah sikit la nak laku.

Bahan – bahannya:-


Bihun secukupnya – rendam & toskan

5 ulas bawang merah }tumbuk

2 ulas bawang putih }tumbuk

10 tangkai cili api }tumbuk - kuantiti ikut kepedasan yang diingini

3 batang serai - ketuk

3 sudu besar pes tom yam

300g isi ayam atau daging

300g udang

3 biji telur – goreng pecah-pecah (jangan garing sangat, biar basah2 aje)

Kubis, karot secukupnya

Air secukupnya.

Garam dan gula secukupnya

Air limau nipis (bagi yang suka masam)


Cara – caranya:-


1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan isi ayam. Tumis sampai ayam masak.

3. Masukkan pes tom yam, diikuti udang dan karot. Tumis sebentar.

4. Masukkan bihun, kubis, daun limau purut dan garam.

5. Gaulkan biar serata. Masukkan air untuk melembutkan bihun. Gaulkan.

6. Last sekali masukkan telur dan air limau nipis.

7. Sewaktu menghidang bolehlah dihias dengan daun ketumbar yang diracik.


** Kalau inginkan bihun nampak merah-merah sikit, masukkan 2-3 sudu besar lada kering (yg telah dikisar) semasa menumis.

Wednesday, November 12, 2008

Rendang Daging & Pulut Kuning


Resepi ini di ambil daripada hanieliza fotopages. Memang sedap dan mudah menyediakannya. Terima kasih kepada Kak Liza kerana berkongsi resepi ini. Untuk lebih banyak resepi yang sedap-sedap silalah lawati http://hanieliza.fotopages.com/


Rendang Daging


Bahan-bahan:-


1 kg daging (potong nipis kecil) - saya guna daging batang pinang

5 helai daun kunyit (mayang halus)

2 batang serai (ketuk)

2 ulas bawang putih (ketuk) - saya tak letak

1/2 cawan minyak

2 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

1 sudu besar gula merah (atau secukup rasa)

3 keping asam keping - saya tambah

garam sekucup rasa


Bahan-bahan dikisar:-


15 tangkai cili kering + ciliapi (mengikut kepedasan sendiri)

3 biji bawang besar

10 biji bawang merah

4 biji bawang putih dikisar

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

5 batang serai


Cara - caranya:-


1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg telah diketuk.

2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.

4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat

5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

6. Biarkan sehingga naik minyak.

7. Boleh dihidangkan dengan nasi, pulut atau roti.


*****************************************************************************


Pulut Kuning


Bahan – bahan:-

1 kg beras pulut (dibasuhkan)

3 keping asam keping

3 s/b kunyit serbuk (bancuh dan tapiskan)

Air secukupnya untuk merendam pulut.

1 biji kelapa. (3 cawan santan pekat)

Garam

Gula


Cara – caranya:-


1. Rendam beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. (sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya)

2. Toskan beras pulut dalam tapisan.

3. Panaskan kukusan.

4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.

5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.

6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.

7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.

8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.

9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.

11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk)

12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.


Tuesday, November 11, 2008

My Mom's Chicken Soup

Ini ialah sup ayam versi my mom. Bahan-bahannya biasa saja, cuma mungkin berbeza sedikit dari kaedah penyediaannya. Boleh dimakan panas-panas dengan nasi, bihun atau mee kuning. Harap ianya menepati selera semua.

Bahan - bahannya:-

1/2 ekor ayam - potong kecil
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inchi halia - ketuk
2 bungkus sup bunjut Adabi - satu bunjut dibuka ambil isinya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - potong baji
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup dan daun bawang - hiris

Cara - caranya:-

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah sup Adabi yang dibuka bunjutnya. Tumis sebentar.
3. Masukkan ayam dan halia. Tumis ayam bersama rempah-rempah sehingga air ayam tadi kering.
4. Masukkan air. Biar mendidih.
5. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Kalau nak dihidangkan dengan bihun, masa menghidang tu bolehlah di tambah dengan sayur sawi atau kubis (celur dahulu) dan taugeh. Memang best kalau diletak pula sambal kicap. Nak masam boleh perah asam limau nipis.

Sambal kicap

Segenggam cili api Thai
5 biji cili merah besar
5 biji bawang putih
Kicap (Kicap lemak manis Kipas Udang)

Blend semua bahan. Masak sebentar.