Hari ni mencuba resepi baru. Resepi ni di cedok dari blog Koleksi Resepi Pilihan Diana, yang sememangnya terkenal dengan pelbagai resepi yang meyelerakan. Jika ingin melihat langkah demi langkah dalam meyediakan resepi ini, bolehlah di klik di sini.
Telur Goreng Lombok
Bahan-bahannya:-
5 biji telur, direbus dan dikupas kulitnya
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 ulas bawang putih, dihiris
7 batang lada hijau, potong serong sepanjang 1 inci
7 batang cili padi hijau, potong setengah tanpa putus
5 batang cili padi merah, potong setengah tanpa putus
2 sudu makan udang kering, dicuci dan toskan
1 biji tomato, potong baji
asam jawa (sebesar setengah biji telur ayam)
air secukupnya
1 inci belacan
garam secukup rasa
gula jika suka
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya
Cara-caranya:-
1. Telur direbus dan dikupas kulitnya.
2. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kulitnya kekuningan. Angkat, toskan dan ketepikan.
3. Asam dan belacan diramas bersama semangkuk air. Ketepikan.
4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar, lada hijau, cili padi hijau dan merah sehingga layu sedikit.
5. Bila bahan-bahan yang ditumis telah mula layu, masukkan udang kering dan gaul rata. Masak lagi selama 3 minit.
6. Kemudian masukkan air asam dan belacan yang telah disediakan tadi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
7. Masukkan pula telur yang telah digoreng tadi dan renehkan kuahnya sehingga mendidih. Rasakan kuahnya jika ada kurang boleh tambah apa-apa perasa yang patut. Mesti ada rasa masin, masam dan pedas.
8. Setelah kuah mendidih, masukkan tomato gaul rata dan padamkan api. Angkat dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment