Friday, April 17, 2009

Sup Ikan Jenahak

Hari ini beli ikan jenahak. Diantara ikan yang pernah didengar tapi x pernah membelinya kerana memang tidak mengenalinya.... ha..ha.. rasanya memang banyak lagi spesies ikan yang mama tak kenal pun. Asik-asik kembung, bawal, tongkol... Beli pun sebab nak juga tahu juga, apa rasa ikan jenahak ni. Tapi tak tahu nak masak apa. Menurut kata jiran mama yang memang 'terrer' bab masak memasak ni, dia kata ikan jenahak ni sesuai masak kari, masam manis, sup... pendek kata ikan serba boleh.. masak apa pun 'sodappp'... Mula-mula ingatkan nak masak masam manis... tapi nenas xde, so mama rasa sup lah yang paling sesuai. Hasilnya tak mengecewakan... sedap dan manis. So bolehlah lepas ni buat sup ikan pulak.. asik2 sup ayam jer...he.. he..

Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan jenahak ( ikan bawal/kerapu/senangin pun boleh) - potong 2
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulah bawang putih - hiris
3 tangkai cili padi - hiris ( tak potong sebab budak2 nak makan)
1 inci halia - ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan rempah sup
1 sudu teh lada sulah
Minyak untuk menumis
Daun bawang & daun sup - hiasan
Garam & gula - secukup rasa
Air secukupnya

Cara - caranya :-

1. Tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Masuk rempah2 (kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
3. Masuk rempah sup dan lada sulah. Tumis sebentar.
4. Masukkan air.
5. Bila air sudah mendidih, masukkan ikan.
6. Masukkan garan dan gula.
7. Renihkan kira-kira 15-20 minit supaya semua rasa mesra.
8. Bila rasa dah ok, hidangkan panas-panas.
9. Tabur daun sup dan daun bawang. Boleh juga taburkan bawang goreng. Perahkan asam limau nipis.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment