Tuesday, April 7, 2009

Bun Kacang Merah

Ini dah percubaaan kali keempat menggunakan bread maker untuk menguli roti. Cuma kali ini berkesempatan untuk snap gambar. Alhamdulillah... Senang kerja .. tak payah penat-penat menguli.

Resepi ini dijumpai di blog MamaFaMi, cuma MamaFaMi bentuk rotinya berbeza. Kalau ingin melihat versi MamaFaMi, boleh di klik di sini. Mama buat versi yang mudah dan disukai ramai iaitu bun kacang merah. Rotinya memang sedap dan lembut. Roti pandan dengan inti kacang merah.. memang satu kombinasi yang sangat sesuai. Resepi mama copy paste sajelah yea... hehe....

PANDAN KAYA BREAD
Sumber : Mr Alex Goh

Bahan-bahannya:-

(A)
300g tepung roti
2 sudu kecil yis kering
45g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu tepung

(B)
1/2 biji telur

60ml santan
1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
105ml air

(C)
20g shortening


(D)
130g kismis - Sengaja tidak dimasukkan


Topping

30g mentega
30g gula
60g tepung gandum

Cara-caranya:-

1. Adun (A) hingga sebati.
2. Campurkan (B), uli hingga menjadi doh.
3. Tambah (C), uli hingga doh menjadi lembut dan licin.
4. Tambah (D), adun hingga sebati. Biarkan doh naik, lebih kurang 50 - 60 minit.
5. Topping : Campurkan mentega dan gula hingga sebati. Tambahkan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan atau simpan di dalam peti ais.
6. Bahagikan doh kepada bebola seberat 15g. Aturkan separuh dari adunan tersebut di dalam loyang roti (L 20cm x W 10cm x H 8.5cm) yang telah digris. Letakkan doh yang selebihnya di atas doh yang telah diatur tadi. Resipi ini menghasilkan dua buku roti.
7. Biar doh naik selama 45 minit atau dua kali ganda saiz asal. Sapukan telur di atasnya dan taburkan topping.
8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 175 C selama 25 - 30 minit. Sedia untuk dihidangkan.


Versi Mama:-

1. Masuk semua bahan A, B dan C kedalam breadmaker. Uli 30 minit.
2. Keluarkan. Perap dalam 1 jam.
3. Tumbuk-tumbuk doh sikit untuk mengeluarkan angin. Bentukkan bulat-bulat (dalam 60g setiap satu).
4. Masukkan inti kacang merah.
5. Bulatkan, dan potong tepinya.
6. Biar doh naik sekali lagi dalam 45 minit.
7. Sapu kuning telur dan tabur bijan.
8. Bakar.

Catatan :- Bahan-bahan diatas adalah untuk 1/2 adunan. Mama buat 1 adunan.

No comments:

Post a Comment