Tuesday, May 19, 2009

Orange Butter Cake

Ini snek untuk minum petang nih... buat pukul 11 pagi tadi lagi. Hari ni siap awal kemas rumah, tu yang terfikir nak buat kek. Kalau nak tunggu petang, memang tak dan dah. Lagipun semangat sebab hari ni rasa badan dah sihat sikit (semalam lembik jer sebab demam selesema).

Kali ni cuba resepi dari Kak D. Penyumbang asal ialah Kak Bebop. Sedap sungguh keknya. Mama letak dalam cup cake supaya senang nak 'ngap'... Resepi copy paste dari Kak D.. hehe. Terima kasih untuk resepi yang sangat enak ini. Kalau rajin esok nak letak toppingnya (tapi tak janji la... hehe)


ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Sumber: Kak Bebop

Bahan-bahannya

200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau - Mama guna 2 biji limau
Mama tambah 2 sudu besar Sunquick

Cara-caranya

1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

ULASAN: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

No comments:

Post a Comment