Thursday, June 4, 2009

Roti Nasi


Petang ni masak kari daging. So selain daripada makan dengan nasi, syokkk juga kalau makan dengan roti. So try resepi roti nasi. Resepi asal daripada onigiri daripada MyResepi... terjumpa kat blog CMG. Mmm... sedap dan lembut roti ni. Cuma kalau dah sejuk tu, permukaannya berkedut sikit....

Resepi kat bawah ni mama copy paste jek daripada blog CMG. Terima kasih ye Cik Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.
Catatan :- Mama gandakan bahan-bahannya.. so dapat dalam 15 ketul bun. Sedap juga kalau makan bersama jem ataupun cicah ngan air kopi atau teh panas.

1 comment:

  1. Compliments for your blog and pictures included, I invite you to see the photo blog,
    CLICK PHOTOSPHERA

    Each week released a new album

    Greetings from Italy

    Marlow

    ReplyDelete