Thursday, May 28, 2009

Soft Butter Buns Channel

Tengahari tadi terfikir nak buat roti. So cari-cari resepi yang boleh ngam dengan jadual.. (sbb ptg td ada kelas). So akhirnya pilih resepi dari blog Kak D, resepi sumbangan daripada Channel2004 (cari.com). Dulu dah pernah cuba sekali buat roti ni, cuma tak upload jer.. Lepas masak utk lunch tadi, mama pun timbang bahan-bahannya siap2. Lepas along pergi sekolah, dalam pukul 3 terus masuk bahan2 dalam bread maker. So 3.30 'dia' siap menguli. Perap 2 jam. dalam 5.30 mama pun ready sinsing lengan baju. Mmmm.. penat gak lah ... tapi penat boleh tolak tepi.. yang penting puasss hati... hehe

Memang best roti nih.. Lembut dan gebusss... Resepi mama copy paste sahaja (mama mmg malas nak taip menaip nih..hehe... ). Thanks Kak D. Nak tengok roti versi Kak D, klik sini.

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL

Sumber: Channel2004

Bahan-bahannya:-

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing:-

1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya:-

1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Nota: Roti yang Channel buat telah diisikan dengan kuib mentega yang kecil dan juga sedikit garam, beliau juga telah paipkan kastad segera diatas roti sebelum dibakar.

Catatan :- Mama buat dua kali ganda. 1 adun mcm tak cukup jer... hehe...
Yang ni versi untuk anak2... biasalah mesti nak yang ada sosej jugak...


Mama buat bun inti kacang merah ... lihatlah teksturnya.. gebu kann... (cuma inti cenonet... sbb dah nak habis.. tu yang budget2 tu.. hehe...)

No comments:

Post a Comment