Thursday, November 13, 2008

Bihun Goreng Tom Yam

Menu yang simple mimple untuk hari ini. Yang penting ada sentuhan rasa-rasa masam, kalau tak susah sikit la nak laku.

Bahan – bahannya:-


Bihun secukupnya – rendam & toskan

5 ulas bawang merah }tumbuk

2 ulas bawang putih }tumbuk

10 tangkai cili api }tumbuk - kuantiti ikut kepedasan yang diingini

3 batang serai - ketuk

3 sudu besar pes tom yam

300g isi ayam atau daging

300g udang

3 biji telur – goreng pecah-pecah (jangan garing sangat, biar basah2 aje)

Kubis, karot secukupnya

Air secukupnya.

Garam dan gula secukupnya

Air limau nipis (bagi yang suka masam)


Cara – caranya:-


1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan isi ayam. Tumis sampai ayam masak.

3. Masukkan pes tom yam, diikuti udang dan karot. Tumis sebentar.

4. Masukkan bihun, kubis, daun limau purut dan garam.

5. Gaulkan biar serata. Masukkan air untuk melembutkan bihun. Gaulkan.

6. Last sekali masukkan telur dan air limau nipis.

7. Sewaktu menghidang bolehlah dihias dengan daun ketumbar yang diracik.


** Kalau inginkan bihun nampak merah-merah sikit, masukkan 2-3 sudu besar lada kering (yg telah dikisar) semasa menumis.

4 comments:

  1. bihun goreng tom yam nampak menarik dan sedap la... terimakaseh :)

    ReplyDelete
  2. thanks hani... nanti cubalah...mudah dan ringkas... harap dapat menepati citarasa hani.

    ReplyDelete
  3. Aduhai, perut tengah lapar, ternampaklah pulak mihun goreng yang memang menjadi pojaan hatiku... huhuhu... kes naya nih!

    ReplyDelete
  4. thanks mamafami.. datang jenguk sini... datanglah lagi.. :-)

    ReplyDelete