Puding berkuah ni memang favourite kami seisi keluarga. Selalu buat cuma sebelum ni resepi main suka-suka hati ajer. Ternampak resepi yang sama di blog Kak Ummi, so tetiba jer semangat tu datang (Kak Ummi sekeluarga pun suka puding ni) . Lama jugak dah tak buat puding ni. So weekend lepas, kebetulan beli barang dapur sikit, mama pun apa lagi, borong sekali lah bahan-bahannya. So tengahari tadi, selesai masak untuk lunch (cincai2 jer sebab lauk smlm ada banyak lagi.. hehe).. terus kacau kuih ni. Sekejap jer.. apatah lagi ada helper (adik mmg rajin menolong kalau bab-bab buat desert ni).. so terus jer simpan dalam fridge.. Memang nyaman jer makan sejuk2 ....Resepi mama copy & paste daripada blog Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi untuk resepi yang sedap bangettt nih...
Bahan-bahannya :-
Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal
Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.
Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan
Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.
Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan)
1 tin buah koktel - Mama guna 2 tin
Buah ceri
Prune sunsweet
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...
Catatan :- Untuk hiasan, mama masukkan buah-buahan koktel sahaja. Lain kali nak try letak pisang goreng pulak (apa rasanya yer...)
No comments:
Post a Comment