Sunday, November 30, 2008

Nasi Ayam


Setelah beberapa hari tak masak dalam erti kata masak yang sebenarnya (main goreng-goreng ajer), so ari ni masaklah nasi ayam. Pun bukannya special sangat pun, resepi sendirian berhad ajer, dan ringkas ajer. Silalah cuci mata. :) (resepi nnt dulu.... hehe)




Friday, November 28, 2008

Nail In The Fence

I've found this story in MamaFami's fp. How sometimes the things we say actually hurt the people we love.


http://suzyred.com/nail.gif

NAIL IN THE FENCE
A Good Story for Great Friends

There once was a little girl who had a bad temper. Her mother gave her a bag of nails and told her that every time she lost her temper, she must hammer a nail into the back of the fence.

The first day the girl had driven 37 nails into the fence. Over the next few weeks, as she learned to control her anger, the number of nails hammered daily gradually dwindled down. She discovered it was easier to hold her temper than to drive those nails into the fence.

Finally the day came when the girl didn't lose her temper at all. She told her mother about it and the mother suggested that the girl now pull out one nail for each day that she was able to hold her temper.

The day passed and the young girl was finally able to tell her mother that all the nails were gone. The mother took her daughter by the hand and led her to the fence.

She said, "You have done well, my daughter, but look at the holes in the fence. The fence will never be the same. When you say things in anger, they leave a scar just like this one." You can put a knife in a person and draw it out. It won' t matter how many times you say "I'm sorry," the wound is still there.

A verbal wound is as bad as a physical one.

Please forgive me if I have ever left a hole in your fence.

Thursday, November 27, 2008

Spaghetti Sos Tomato

Menghadap pc sampai tak sedar hari dah tengahari.. so apalagi yang ringkas, segera dan disukai ramai... melainkan spaghetti sos tomato. Walaupun tak cukup ingredients... belasah sajelah...... janji budak2 cakap sedappp, kira oklah tu...

Bahan-bahannya :-

1 paket spaghetti 500g (mama guna separuh saje) - rebus ikut arahan, tos, gaul ngan sedikit minyak
3 biji tomato - chop kasar2
1 biji bawang besar - chop halus
2 ulas bawang putih
200g daging kisar
2 dada isi ayam - chop kasar2
3 batang sosej - potong kecil
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar tomato puri - tak letak sbb takde
2 sudu besar cili kering kisar
Herbs - Oregano ground & thyme - secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula - secukup rasa

Cara-caranya:-

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan ayam. Tumis sampai bahan2 masak.
3. Masukkan cili kering kisar, chopped tomato, sos tomato, sos cili, tomato puri, herbs dan sosej. Gaul sebentar.
4. Masukkan air. Masak hingga kuah pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Sedia dihidangkan.

Tuesday, November 25, 2008

Gulai Telur Itik

Hari ni buat gulai telur itik. Jauh datangnya telur itik ni, nun di Kelantan sana. Itik my MIL bertelur banyak... so separuh buat telur jeruk, yang lebih tuh gulailah.. apa lagi. Telur itik lagi sedap kalau nak buat gulai, lagi sedap daripada telur ayam. Lagipun time kita pecahkan kedalam kuah tuh, elok je dia beku.

Bahan - bahan:-

5 biji telur itik
3 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kering kisar
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 asam keping
1 terung - potong
3-4 batang kacang panjang - patah-patahkan
Garam dan gula - secukup rasa.

Cara - caranya:-

1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kering. Tumis.
3. Masukkan santan cair. Masak perlahan - lahan sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur kedalam periuk satu persatu. Biar mendidih perlahan. Jangan terlalu dikacau, bimbang kuning telur pecah.
5. Bila telur sudah masak, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan sayur terung dan kacang panjang. Masak sebentar.
7. Hidangkan dengan nasi putih.

Sunday, November 23, 2008

Caramel Pudding

This pudding needs very simple ingredients, very easy to make and taste delicious. Try it!!

Ingredients:-

7 eggs (Gred A)
1 tin condense milk (small)
5 table spoons sugar
1 t/b spoon custard flour - optional
1 cup water

Methods :-

Caramel

1. Put 3 table spoons of sugar into cake tray (9" diameter).
2. Put it over low heat until the sugar is melted and golden.
3. Turn to coat bottom and sides of tray with the caramel.
4. Set aside.

Pudding


1. Beat eggs.
2. Stir in condense milk.
3. Dissolve custard flour and 2 t/b spoon sugar with water.
4. Mix all the ingredients together.
5. Pour into caramel-coated tray.
6. Steam for about 30 minutes to 45 minutes. Slow fire and slightly longer is better.
7. Let cool completely. Invert on a serving dish.
8. Decorate with mix fruits (optional).

Monday, November 17, 2008

Mee Goreng

Cuti sekolah sudah bermula. Dan seperti biasa dapur2 di kejiranan ini akan bising pagi2 buat sarapan. Walaupun bebudak kat rumah nie kecil2 lagi, makan tak makan, masak tetap masak. So layankan ajelah mee goreng yang biasa-biasa aje nie.

Bahan - bahan:-

1 peket mee kuning - basuh bersih
3 ulas bawang putih - ketuk
200g daging - hiris nipis
1 peket fish ball - hiris
5 tangkai sawi - potong
2 sudu lada kering blend
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu sos makan sos tomato
Kicap
Minyak untuk menumus

Cara - caranya :-

1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan lada kering blend. Tumis jap.
3 Masukkan daging. Tumis sampai daging masak.
4. Masukkan semua sos.
5. Masukkan sayur sawi dan mee.
6. Masukkan kicap sesedap rasa.
7. Waktu menghidang, taburkan daup sup dan perahkan limau nipis.

Thursday, November 13, 2008

Bihun Goreng Tom Yam

Menu yang simple mimple untuk hari ini. Yang penting ada sentuhan rasa-rasa masam, kalau tak susah sikit la nak laku.

Bahan – bahannya:-


Bihun secukupnya – rendam & toskan

5 ulas bawang merah }tumbuk

2 ulas bawang putih }tumbuk

10 tangkai cili api }tumbuk - kuantiti ikut kepedasan yang diingini

3 batang serai - ketuk

3 sudu besar pes tom yam

300g isi ayam atau daging

300g udang

3 biji telur – goreng pecah-pecah (jangan garing sangat, biar basah2 aje)

Kubis, karot secukupnya

Air secukupnya.

Garam dan gula secukupnya

Air limau nipis (bagi yang suka masam)


Cara – caranya:-


1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan isi ayam. Tumis sampai ayam masak.

3. Masukkan pes tom yam, diikuti udang dan karot. Tumis sebentar.

4. Masukkan bihun, kubis, daun limau purut dan garam.

5. Gaulkan biar serata. Masukkan air untuk melembutkan bihun. Gaulkan.

6. Last sekali masukkan telur dan air limau nipis.

7. Sewaktu menghidang bolehlah dihias dengan daun ketumbar yang diracik.


** Kalau inginkan bihun nampak merah-merah sikit, masukkan 2-3 sudu besar lada kering (yg telah dikisar) semasa menumis.

Wednesday, November 12, 2008

Rendang Daging & Pulut Kuning


Resepi ini di ambil daripada hanieliza fotopages. Memang sedap dan mudah menyediakannya. Terima kasih kepada Kak Liza kerana berkongsi resepi ini. Untuk lebih banyak resepi yang sedap-sedap silalah lawati http://hanieliza.fotopages.com/


Rendang Daging


Bahan-bahan:-


1 kg daging (potong nipis kecil) - saya guna daging batang pinang

5 helai daun kunyit (mayang halus)

2 batang serai (ketuk)

2 ulas bawang putih (ketuk) - saya tak letak

1/2 cawan minyak

2 cawan santan pekat

2 sudu besar kerisik

1 sudu besar gula merah (atau secukup rasa)

3 keping asam keping - saya tambah

garam sekucup rasa


Bahan-bahan dikisar:-


15 tangkai cili kering + ciliapi (mengikut kepedasan sendiri)

3 biji bawang besar

10 biji bawang merah

4 biji bawang putih dikisar

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

5 batang serai


Cara - caranya:-


1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg telah diketuk.

2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.

4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat

5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

6. Biarkan sehingga naik minyak.

7. Boleh dihidangkan dengan nasi, pulut atau roti.


*****************************************************************************


Pulut Kuning


Bahan – bahan:-

1 kg beras pulut (dibasuhkan)

3 keping asam keping

3 s/b kunyit serbuk (bancuh dan tapiskan)

Air secukupnya untuk merendam pulut.

1 biji kelapa. (3 cawan santan pekat)

Garam

Gula


Cara – caranya:-


1. Rendam beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam untuk mendapatkana warna kuning. (sekali sekala gaulakan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya)

2. Toskan beras pulut dalam tapisan.

3. Panaskan kukusan.

4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.

5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.

6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.

7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.

8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.

9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.

11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk)

12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.


Tuesday, November 11, 2008

My Mom's Chicken Soup

Ini ialah sup ayam versi my mom. Bahan-bahannya biasa saja, cuma mungkin berbeza sedikit dari kaedah penyediaannya. Boleh dimakan panas-panas dengan nasi, bihun atau mee kuning. Harap ianya menepati selera semua.

Bahan - bahannya:-

1/2 ekor ayam - potong kecil
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inchi halia - ketuk
2 bungkus sup bunjut Adabi - satu bunjut dibuka ambil isinya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - potong baji
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup dan daun bawang - hiris

Cara - caranya:-

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah sup Adabi yang dibuka bunjutnya. Tumis sebentar.
3. Masukkan ayam dan halia. Tumis ayam bersama rempah-rempah sehingga air ayam tadi kering.
4. Masukkan air. Biar mendidih.
5. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

Kalau nak dihidangkan dengan bihun, masa menghidang tu bolehlah di tambah dengan sayur sawi atau kubis (celur dahulu) dan taugeh. Memang best kalau diletak pula sambal kicap. Nak masam boleh perah asam limau nipis.

Sambal kicap

Segenggam cili api Thai
5 biji cili merah besar
5 biji bawang putih
Kicap (Kicap lemak manis Kipas Udang)

Blend semua bahan. Masak sebentar.

Wednesday, November 5, 2008

Cookies Paris



Cookies Paris (Biskut Chipsmore)


Ingredients:-

200g flour

1 teaspoon bicarbonate soda

1 teaspoon baking powder

250g butter

90g castor sugar (i do not add white sugar ... too sweet for me)

180g brown sugar

1 teaspoon vanilla essence

2 eggs

240g oat/nestum (blend coarsely)

350g chip chocolate

200g almond nib / chopped walnut


Methods:-

  1. Sift together the flour, soda bicarbonate and baking powder. Set aside.
  2. Cream together the butter, castor sugar and brown sugar until fluffy.
  3. Stir in the eggs and vanilla essence.
  4. Blend in the flour.
  5. Lastly stir in the oat, chocolate chips and nuts.
  6. Using hand or spoon, drop the cookies onto cookie sheet.
  7. Bake for 20-25 minutes at 175oC or until golden brown.



Monday, November 3, 2008

Mixed Vegetables Bread


Teknik membuat roti ini menggunakan sponge dough yang kita ferment dulu, so nanti roti akan naik dengan cepat setelah dibentukkan. Dari doh yang sama, kita boleh pelbagaikan roti samada berlauk ataupun roti manis.

Basic Sweet Dough

Sponge Dough


Ingredients:-

420g high protein flour aka bread flour

1 ½ teaspoon instant yeast

255g water


Steps:-

  1. Mix all ingredients for 2 mins at low speed. (We also can just mix with hands)
  2. Ferment the dough for 4 -5 hours.

Main Dough


Ingredients:-

180g superfine flour

30g milk powder

120g sugar

3 teaspoons dry yeast

1 teaspoon salt

30g water

1 egg (slightly beaten)

80g butter (U can use 40g butter + 40g shortening or 80g shortening)

Optional – 1 teaspoon bread improver

- 1 teaspoon bread softener


Steps

  1. Mix all dry ingredients at low speed. Make sure salt is the last.
  2. Add egg and water.
  3. Cut sponge dough into few pieces. Add to the mixture at low speed. Increse to medium speed at 2 mins.
  4. Add butter and mix another 8 mins at medium speed.
  5. Round up the dough. Rest for 10 mins.
  6. Divide the dough in 60 – 70g pieces. Round up again.
  7. By the time we finish rounding up, take the first dough and start shaping.
  8. After finish shaping all the dough, the first & second trays are ready to bake.
  9. Glazing the dough with egg (slightly beaten) and decorate with mix veges.
  10. Bake the buns for about 20 - 30 mins at 170oC.
  11. While the dough still hot, glaze with butter. It add flavor and a nice brown soft crust.


Sponge dough after fermentation.

The main dough + sponge dough.

The dough after divide into 60g pieces. Yield - 16 buns.

Roll the sausage inside the dough.


Cut the dough with scissors and pull to right and left side alternately.




Decorate the dough with mix veges. The quantity is up to you :)

The sauce and mayo in the plastics for easy piping.

The buns... Yummy ... (We can sprinkle some cheese or herbs)

Final touches before baking :-

We can glaze the dough with egg, then put mix veges, then piping the sauce and mayo, then bake. This is easy and save time. (I almost choose this method)

Or after glazing and putting the veges. We bake the dough to half cook. Then take out the dough for piping the sauce and mayo. Then bake again. (Time consuming but the sauce and mayo will look 'fresh')

Monday, June 23, 2008

Homemade Pizza

Sausage & Chicken Supreme

Bahan - Bahannya :-

Doh Pizza :- ( 4 9” pizza)


1 2/3 cawan air (bergantung)

2 sudu makan olive oil

2 sudu makan gula

1 sudu teh garam

4 ½ cawan tepung roti / high protein flour

2 sudu the yis segera


Sos Pizza :-


4 biji tomato
3 sudu besar tomato puree

3 biji bawang putih – potong dadu

1 biji bawang besar – potong dadu

Garama dan gula – secukup rasa

Herbs – Oregano, Basil Leaves – ikut suka
Garam dan gula (secukup rasa)
Minyak bijan (Untuk menumis)


1. Rebus tomato (kalau rajin boleh juga kukus), sampai lembut.

2. Setelah lembut, buangkan kulitnya dan lenyek.

3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga agak layu sedikit.

4. Masukkan herbs. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan tomato yang telah di lenyek tadi dan juga tomato puri.

4. Masukkan garam & gula secukup rasa.



Toping Pizza :-

Isi ayam – goreng tanpa minyak

Sosej – hiris nipis

Green Pepper
Cendawan butang
Keju Mozzarella
Keju Cheddar


Topping terpulang kepada citarasa masing – masing (atau apa yg ada dalam fridge tu .. hehe). Antara yang boleh digunakan ialah; daging cincang, nenas, crab stick and etc..etc...


Cara - caranya :-

  1. Campur semua bahan kering.
  2. Kemudian campurkan air. Diikuti minyak zaitun.
  3. Uli sehingga doh elastic.
  4. Perap doh selama 1 jam.
  5. Bahagikan adunan kepada 4. (Jika ingin mendapatkan pizza yang lebih besar, boleh bahagikan doh kepada dua sahaja)
  6. Canaikan dan letak dalam loyang yang telah di tabur sedikit tepung.
  7. Bakar sebentar (dalam 5 minit).
  8. Letakkan pizza sauce. Tabur mozzarella cheese.
  9. Kemudian letakkan topping mengikut citarasa kita.
  10. Kemudian tabor mozzarella cheese sekali lagi. Jika nak sedap lagi boleh juga taburkan cheddar cheese.
  11. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 200oC.
















Doh pizza.















Doh selepas direhatkan selama 1 jam.












































Sos pizza.