Thursday, June 4, 2009

Roti Nasi


Petang ni masak kari daging. So selain daripada makan dengan nasi, syokkk juga kalau makan dengan roti. So try resepi roti nasi. Resepi asal daripada onigiri daripada MyResepi... terjumpa kat blog CMG. Mmm... sedap dan lembut roti ni. Cuma kalau dah sejuk tu, permukaannya berkedut sikit....

Resepi kat bawah ni mama copy paste jek daripada blog CMG. Terima kasih ye Cik Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g tepung roti (high protein flour)
80 g nasi, sejukkan*
100 ml air*
60 ml susu segar*(*dikisar halus)
2 camca besar gula halus
4 g instant yeast
20 g mentega
1 camca teh garam halus
1 camca besar air suam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam dengan instant yeast dan 1/2 camca teh gula (dambil dari 2 camca besar gula halus tadi). Biar sehingga yeast aktif, nampak berbuih2...
  2. Letak tepung dalan bekas besar, masukkan garam dan gaul rata. Buat lubang dibahagian tengah tepung dan tuang nasi yang dikisar dan juga yeast tadi. Gaul rata hingga menjadi doh, masukkan mentega dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. Bulat2 kan dan tutup dengan kitchen towel bersih dan biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas ke dalam bread maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap.
  3. Tumbuk doh untuk membuang udara dan leperkan, gulung seperti swiss roll, kemudian gulung sekali lagi sehingga menjadi bentuk loaf. Masukkan dalam tin dan biar naik sekali lagi
  4. Bakar pada suhu 190C selama 20- 25 minit mengikut oven masing2. Sapu mentega atas permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven.
Catatan :- Mama gandakan bahan-bahannya.. so dapat dalam 15 ketul bun. Sedap juga kalau makan bersama jem ataupun cicah ngan air kopi atau teh panas.

Thursday, May 28, 2009

Soft Butter Buns Channel

Tengahari tadi terfikir nak buat roti. So cari-cari resepi yang boleh ngam dengan jadual.. (sbb ptg td ada kelas). So akhirnya pilih resepi dari blog Kak D, resepi sumbangan daripada Channel2004 (cari.com). Dulu dah pernah cuba sekali buat roti ni, cuma tak upload jer.. Lepas masak utk lunch tadi, mama pun timbang bahan-bahannya siap2. Lepas along pergi sekolah, dalam pukul 3 terus masuk bahan2 dalam bread maker. So 3.30 'dia' siap menguli. Perap 2 jam. dalam 5.30 mama pun ready sinsing lengan baju. Mmmm.. penat gak lah ... tapi penat boleh tolak tepi.. yang penting puasss hati... hehe

Memang best roti nih.. Lembut dan gebusss... Resepi mama copy paste sahaja (mama mmg malas nak taip menaip nih..hehe... ). Thanks Kak D. Nak tengok roti versi Kak D, klik sini.

SOFT BUTTER BUNS CHANNEL

Sumber: Channel2004

Bahan-bahannya:-

250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing:-

1 biji telur, dipukul sedikit
Mentega cair, untuk sapu atas roti

Cara-caranya:-

1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.
2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.

Nota: Roti yang Channel buat telah diisikan dengan kuib mentega yang kecil dan juga sedikit garam, beliau juga telah paipkan kastad segera diatas roti sebelum dibakar.

Catatan :- Mama buat dua kali ganda. 1 adun mcm tak cukup jer... hehe...
Yang ni versi untuk anak2... biasalah mesti nak yang ada sosej jugak...


Mama buat bun inti kacang merah ... lihatlah teksturnya.. gebu kann... (cuma inti cenonet... sbb dah nak habis.. tu yang budget2 tu.. hehe...)

Wednesday, May 27, 2009

Mee Bandung


Hari ni memang tak mau masak nasi... jemu wehh hari-hari makan nasi.. so sebey2 blog Kak Ummi.. (semenjak 2 menjak ni... pulun habis resepi daripada Kak Ummi... boleh buat set u ... hehe..) terjumpa resepi yang menyelerakan ini... mmm... setelah membeli dan menyediakan bahan2nya ... masaklah ... masak kejap jer.. nak mengemas tu yang malas tuh.. kan rencah2nya macam2...

Resepinya ... (C&P dari blog Kak Ummi.. hehe..)

Mee Bandung
(Sumber : Kak Pah Sherry)

Bahan - bahannya:-

Mee kuning - basuh, celur dan toskan
100 gm udang basah
100 gm daging - hiris nipis
5 batang crab stick - kerat 2 - Mama xde ni
2 biji telor
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
1 biji bawang besar - belah 4
4 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 kiub pati ayam Maggi
Garam
sedikit gula
lada sulah
1 batang lobak merah - potong kecil
200 gm bunga kobis - potong kecil
15 tangkai snow peas - Mama ganti putik jagung
1 biji tomato - belah 6
3 - 4 cawan air/secukupnya
Minyak

Bahan sampingan:-

Bawang goreng
Tauhu - goreng kekuningan dan potong kecil
Fish cake - goreng kekuningan dan potong kecil - Mama tambah ni
Daun sup & daun bawang - hiris halus
Lada kicap - cili merah dihiris dan campurkan dgn kicap cair n perahan lemon (Mama guna sambal kicap yang pedas berapi tu)

Cara - caranya:-

Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan bawang besar, kemudian kicap cair. Masukkan daging dan tuangkan sedikit air, biarkan empuk baru masukkan udang dan crab stick. Tuangkan air dan biarkan mendidih, masukkan semua sayuran dan kiub pati ayam, garam, gula dan lada sulah. Seimbangkan rasa. Akhir sekali pecahkan telor terus ke dalam masakan dan perlahankan api. Biar telor masak dan matikan api.

Untuk hidangan, letak mee dalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak bahan sampingan tadi.

Catatan:- Mama gandakan bahan-bahannya.. yelahkan kat rumah ni kalau berkuah begini, kalau buat sikit2 tak cukup pulak... :)

Tuesday, May 26, 2009

Puding Kastad Berkuah

Puding berkuah ni memang favourite kami seisi keluarga. Selalu buat cuma sebelum ni resepi main suka-suka hati ajer. Ternampak resepi yang sama di blog Kak Ummi, so tetiba jer semangat tu datang (Kak Ummi sekeluarga pun suka puding ni) . Lama jugak dah tak buat puding ni. So weekend lepas, kebetulan beli barang dapur sikit, mama pun apa lagi, borong sekali lah bahan-bahannya. So tengahari tadi, selesai masak untuk lunch (cincai2 jer sebab lauk smlm ada banyak lagi.. hehe).. terus kacau kuih ni. Sekejap jer.. apatah lagi ada helper (adik mmg rajin menolong kalau bab-bab buat desert ni).. so terus jer simpan dalam fridge.. Memang nyaman jer makan sejuk2 ....

Resepi mama copy & paste daripada blog Kak Ummi. Terima kasih Kak Ummi untuk resepi yang sedap bangettt nih...

Bahan-bahannya :-

Untuk Kastad:-
200 gm tepung kastad
2 liter air
1/4 cawan gula
1/3 cawan susu sejat Ideal

Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-
1 1/2 tin susu sejat Ideal
3/4 tin air
1 cawan gula
2 biji kuning telor - pukul sikit
1 sudu kecil esen vanila
2 helai daun pandan/perisa pandan

Campurkan semua dan masak hingga mendidih. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan)
1 tin buah koktel - Mama guna 2 tin
Buah ceri
Prune sunsweet

Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...

Catatan :- Untuk hiasan, mama masukkan buah-buahan koktel sahaja. Lain kali nak try letak pisang goreng pulak (apa rasanya yer...)

Wednesday, May 20, 2009

Chocolate Milk Loaf

Petang tadi buat sandwich loaf. Semua masuk dalam breadmaker jer. Sedap buat cicah air kopi atau teh o. Resepi asal daripada Kak Diana, tapi mama olah sedikit. Sorry Kak D, memandai aje mama nih. Apapun roti memang sedap dan yang paling best satu dapur bau harum.. mmmmm.......

Chocolate Milk Loaf

Bahan-bahannya:-

500 gram tepung roti
200 ml whipping cream
100ml susu segar
2 sudu makan marjerin - sebab shortening dah habis
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
2 sudu besar serbuk koko
2 genggam kismis

Cara-caranya:-

1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmaker dan pilih setting BASIC.
2. Dalam masa 3 jam tersedialah roti yang enak. Sedap cicah dengan teh o. Mmm...

CHOCOLATE MILK LOAF

Ingredients:-

500 gram bread flour
200 ml whipping cream
100ml fresh milk
2 tb spoon margarine
1 1/2 teaspoon salt
4 tb spoon caster sugar
2 teaspoon yeast
2 tb spoon coco powder
2 handful raisin

Methods:-

1. Put the ingredients in the breadmaker and select setting BASIC.
2. Bread will be ready within 3 hours.

Ini ialah resepi asal daripada Kak D.

HORLICK MILK LOAF

Bahan-bahannya
500 gram tepung roti
300 ml susu segar
2 sudu makan shortening
1 1/2 sudu teh garam
4 sudu besar gula caster
2 sudu teh yis
4 sudu besar horlick

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam breadmachine dan tekan setting BASIC. Diana menggunakan MEDIUM crust, jadi kulit roti tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap.
2. Selepas dibakar, sapu dengan mentega dan hidangkan panas2 bersama kopi/ teh. Sapu mentega, jam, peanut butter pun sedap.

NOTA: Boleh juga letak sedkit kismis untuk menghasilkan Fruit Milk Loaf, atau 2 sudu makan serbuk koko untuk mendapat Chocolate Milk Loaf.

Agar-agar Roti

Resepi cedok daripada blog Kak Ummi nun di Kuantan sana. Sedapnya di makan sejuk-sejuk, tambah-tambah lagi di musim yang panas-panas suam ni.. hehe.. Resepi 'C&P' saje (macam biasa).

Bahan - bahannya :-

4 keping roti putih
2 biji telor
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair (170 ml)
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - Mama guna 1/4 saje.
2 sudu besar butter (cairkan)
3 1/2 cawan air

Cara - caranya :-

1. Dalam periuk, didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
2. Sementara itu, blend roti, telor, susu pekat manis dan susu cair.
3. Masukkan adunan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
5. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Letakkan pewarna dan lorekkan.
6. Sejukkan dalam fridge.

Yang kecil-kecil ni untuk budak2... nyum..nyum...

Catatan - Kalau nak hias dengan buah-buahan dalam tin pun kira orait jugak. Mama hias dengan blueberry yang dalam tin tu, mmmm... sedap tau.

Tuesday, May 19, 2009

Orange Butter Cake

Ini snek untuk minum petang nih... buat pukul 11 pagi tadi lagi. Hari ni siap awal kemas rumah, tu yang terfikir nak buat kek. Kalau nak tunggu petang, memang tak dan dah. Lagipun semangat sebab hari ni rasa badan dah sihat sikit (semalam lembik jer sebab demam selesema).

Kali ni cuba resepi dari Kak D. Penyumbang asal ialah Kak Bebop. Sedap sungguh keknya. Mama letak dalam cup cake supaya senang nak 'ngap'... Resepi copy paste dari Kak D.. hehe. Terima kasih untuk resepi yang sangat enak ini. Kalau rajin esok nak letak toppingnya (tapi tak janji la... hehe)


ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Sumber: Kak Bebop

Bahan-bahannya

200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau - Mama guna 2 biji limau
Mama tambah 2 sudu besar Sunquick

Cara-caranya

1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

ULASAN: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

Sunday, May 17, 2009

Steamboat

Hari ni tak masak... biasalah hari Ahad mama 'gantung' periuk belanga. Tadi lunch kat kedai jerk.. then petang tadi pegilah beli barang sikit.. time tu terpikir la.. mlm apa mau makan.. mmm.. so mama bagilah cadangan buat steamboat.. mm.. apalagi.. baba dengan segera bersetuju. Dia kalau berkuah.. hirup menghirup ni... no. 1 la.. (samalah cam budak 2 orang tu). So mlm ni layan steamboatlah.. Senang jer.. mama didihkan air ngan kuib ayam tuh.. pastu masing2 letaklah apa yang nak dimakan. Mama celur bihun sikit .. (harapkan lauk2 tu jer mana nak kenyang). Makan ngan sambal kicap yang pedassss... uiii.. best ...

Friday, April 24, 2009

Kaswi Gandum


Ini untuk minum petang tadi. Air gulanya pagi-pagi lagi dah buat. So siap je masak untuk lunch tadi, terus buat. So bila petang dah cukup sejuk untuk dipotong dan dimakan. Resepi dari kak Liza. Yang paling penting bahan-bahannya mudah dan hasilnya enak sekali.

Kuih Kaswi Gandum
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - mama guna tepung jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Catatan - Kalau tak mahu kelapa parut tu cepat basi, kita kukuskan sekejap. Lepas kuih kaswi kita siap tadi, kita pun kukus kelapa parut tu. Tak perlu buka api pun. Haba air tu pun sudah mencukupi.

Wednesday, April 22, 2009

Sandwich Loaf

Ini percubaan yang ketiga membuat roti sandwich. Alhamdulillah... menjadi dan lembut. Ada orang kata macam roti G... hehe. Malam tu jugak we all makan, cicah dengan teh-o pun dah dekat nak habis sebuku. So dengan pastinya roti ini tidak akan jadi roti "kulat" seperti 2 orang kawannya yang terdahulu..hehe... Resepi ini diambil dari blog Mat Gebu. Terima kasih ye Cik Mat. Pastinya mama akan buat lagi roti ni lain kali. Cuma mama takde tin khas yang berpenutup tu, so pakai tin biasa jer. Resepinya copy paste jer. Halal yer Cik Mat.


Sandwich Loaf

Sumber - Alex Goh

BAHAN DOH SPAN :-)

2 camca teh instant yeast
2 camca besar air
300 g tepung roti
175 ml air sejuk (dari peti sejuk)

BAHAN DOH UTAMA :-)
200 g tepung roti
35 g gula halus
1 camca teh garam
1 camca besar susu tepung (jgn beli "made in China" punya okeyyy!!!)
100 g whipping cream
30 g lemak sayur (shortening)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. DOH SPAN :- Satukaan instant yeast dengan 2 camca besar air, kacau rata dan biar 10 minit. Kemudian masukkan tepung dan tuang air sedikit demi sedikit sambul digaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh dan letak dalam bekas kedap udara. Biar menapai selama 2 1/2 jam. Ia akan naik seperti adunan apam.
  2. DOH UTAMA :- Satukan semua bahan lain ke dalam no. 1, kecuali lemak sayur. Adun hingga sebati dan masukkan lemak sayur, uli hingga menjadi doh yang kenyal dan licin, kena uli lama sikit untuk mendapatkan tekstur seperti ini. Bagi kepada 4 bahagian sama besar, bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ratakan doh, gulung seperti swiss roll. Buat hingga siap dan rehatkan 10 minit. Ulang sekali lagi proses yang sama dan susun dalam tin Pullman yang berukuran (28 x 11 x 11) cm yang telah disapu mentega secara bertidih, 2 gulung dibawah dan 2 lagi diatasnya. Biar selama 45 minit. Tutup dengan acuan dan bakar pada suhu 200C selama 35 minit. Keluarkan serta merta dari tin dan sejukkan atas jaringan.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan no. 1 ke dalam breadmaker, tambah bahan2 doh utama, pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biarkan BM menguli selama lebih kurang 30 minit. Keluarkan dari BM dan teruskan dengan langkah no. 2 (BM biasanya mengambil masa 30 minit untuk menguli dan 1 jam untuk memerap doh, untuk resipi ini, kita cuma perlukan BM menguli sahaja, bergantung pada jenis BM masing2).

Friday, April 17, 2009

Sup Ikan Jenahak

Hari ini beli ikan jenahak. Diantara ikan yang pernah didengar tapi x pernah membelinya kerana memang tidak mengenalinya.... ha..ha.. rasanya memang banyak lagi spesies ikan yang mama tak kenal pun. Asik-asik kembung, bawal, tongkol... Beli pun sebab nak juga tahu juga, apa rasa ikan jenahak ni. Tapi tak tahu nak masak apa. Menurut kata jiran mama yang memang 'terrer' bab masak memasak ni, dia kata ikan jenahak ni sesuai masak kari, masam manis, sup... pendek kata ikan serba boleh.. masak apa pun 'sodappp'... Mula-mula ingatkan nak masak masam manis... tapi nenas xde, so mama rasa sup lah yang paling sesuai. Hasilnya tak mengecewakan... sedap dan manis. So bolehlah lepas ni buat sup ikan pulak.. asik2 sup ayam jer...he.. he..

Bahan-bahannya:-

1 ekor ikan jenahak ( ikan bawal/kerapu/senangin pun boleh) - potong 2
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulah bawang putih - hiris
3 tangkai cili padi - hiris ( tak potong sebab budak2 nak makan)
1 inci halia - ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan rempah sup
1 sudu teh lada sulah
Minyak untuk menumis
Daun bawang & daun sup - hiasan
Garam & gula - secukup rasa
Air secukupnya

Cara - caranya :-

1. Tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2. Masuk rempah2 (kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
3. Masuk rempah sup dan lada sulah. Tumis sebentar.
4. Masukkan air.
5. Bila air sudah mendidih, masukkan ikan.
6. Masukkan garan dan gula.
7. Renihkan kira-kira 15-20 minit supaya semua rasa mesra.
8. Bila rasa dah ok, hidangkan panas-panas.
9. Tabur daun sup dan daun bawang. Boleh juga taburkan bawang goreng. Perahkan asam limau nipis.

Tuesday, April 7, 2009

Bun Kacang Merah

Ini dah percubaaan kali keempat menggunakan bread maker untuk menguli roti. Cuma kali ini berkesempatan untuk snap gambar. Alhamdulillah... Senang kerja .. tak payah penat-penat menguli.

Resepi ini dijumpai di blog MamaFaMi, cuma MamaFaMi bentuk rotinya berbeza. Kalau ingin melihat versi MamaFaMi, boleh di klik di sini. Mama buat versi yang mudah dan disukai ramai iaitu bun kacang merah. Rotinya memang sedap dan lembut. Roti pandan dengan inti kacang merah.. memang satu kombinasi yang sangat sesuai. Resepi mama copy paste sajelah yea... hehe....

PANDAN KAYA BREAD
Sumber : Mr Alex Goh

Bahan-bahannya:-

(A)
300g tepung roti
2 sudu kecil yis kering
45g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu tepung

(B)
1/2 biji telur

60ml santan
1/2 sudu besar jus pandan
sedikit pewarna hijau
105ml air

(C)
20g shortening


(D)
130g kismis - Sengaja tidak dimasukkan


Topping

30g mentega
30g gula
60g tepung gandum

Cara-caranya:-

1. Adun (A) hingga sebati.
2. Campurkan (B), uli hingga menjadi doh.
3. Tambah (C), uli hingga doh menjadi lembut dan licin.
4. Tambah (D), adun hingga sebati. Biarkan doh naik, lebih kurang 50 - 60 minit.
5. Topping : Campurkan mentega dan gula hingga sebati. Tambahkan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Ketepikan atau simpan di dalam peti ais.
6. Bahagikan doh kepada bebola seberat 15g. Aturkan separuh dari adunan tersebut di dalam loyang roti (L 20cm x W 10cm x H 8.5cm) yang telah digris. Letakkan doh yang selebihnya di atas doh yang telah diatur tadi. Resipi ini menghasilkan dua buku roti.
7. Biar doh naik selama 45 minit atau dua kali ganda saiz asal. Sapukan telur di atasnya dan taburkan topping.
8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 175 C selama 25 - 30 minit. Sedia untuk dihidangkan.


Versi Mama:-

1. Masuk semua bahan A, B dan C kedalam breadmaker. Uli 30 minit.
2. Keluarkan. Perap dalam 1 jam.
3. Tumbuk-tumbuk doh sikit untuk mengeluarkan angin. Bentukkan bulat-bulat (dalam 60g setiap satu).
4. Masukkan inti kacang merah.
5. Bulatkan, dan potong tepinya.
6. Biar doh naik sekali lagi dalam 45 minit.
7. Sapu kuning telur dan tabur bijan.
8. Bakar.

Catatan :- Bahan-bahan diatas adalah untuk 1/2 adunan. Mama buat 1 adunan.

Tuesday, March 31, 2009

Sotong Masak Hitam


Mmmm... inilah percubaan kali pertama memasak sotong masak hitam. Dulu pernah dengar kawan masa sekolah kata mak dia masak sotong masak hitam. Kita pun tanya lah, masak kicap ker? Katanya tak, hitam sebab guna dakwat dia tuh. Kita tak pernah makan sebab mak kita pun tak pernah masak sotong cenggini. Kalau sotong pedas tu, memang selalulah. So, nak juga merasa sotong masak hitam ni. Alkisahnya, terjumpa resepi di blog Kak D. Mama pun cubalah, cuak juga kut2 tak sedapkan. Dan hasilnya.. mmm.. sedap dan lemak2 yang susah nak cakap. Lain dari rasa sotong masak kicap yang biasa dok buat tuh. Lepas ni bolehlah cuba lagi.

Resepi "C&P" dari blog Kak D. Terima kasih banyak-banyak untuk resepi yang enak ini.

SOTONG MASAK HITAM

Bahan-bahannya:-

1 kg sotong, dibuang tulang dan dibersihkan jangan dibuang dakwatnya
minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit serbuk perasa

Bahan untuk dikisar:-

2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
9 bijii lada merah
5 biji cili padi thailand
2 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara-caranya:-

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 yang telah dikisar selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan sotong dan dakwatnya masak atas api selama 20 minit. Masukkan garam dan serbuk perasa.
3. Bila sotong telah masak boleh angkat dan hidangkan.

Catatan :- Pada pendapat mama, sotong masak hitam ni kena masak bagi pedas sikit, barulah terasa 'kick'nya. Dan buat biar berkuah sikit, sedap gaul ngan nasi.. hehe..

Wednesday, March 18, 2009

Karipap

Berjaya juga dengan projek karipap. Karipap inti daging dan keledek. Alang-alang dah buat nie, buat banyak terus, yang lebih tu boleh di frozen kan. Puas hati kalau buat sendiri ni sebab boleh makan ulang-ulang. Kalau beli tu, faham-faham jelah kan... mahal seringgit 3... hehe..

Yang ni, karipap yang telah difrozen kan


KARIPAP DAGING

Sumber: NoorMasri (Mealtimenenus Yahoo Group)


Bahan-bahan Inti:

3 biji kentang dipotong dadu.

200g daging cincang

2 sudu besar rempah kari daging

1 labu bawang besar dipotong dadu

5 ulas bawang merah-ditumbuk

2 ulas bawang putih -ditumbuk

1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk

1 sudu besar udang kering-ditumbuk

Setangkai daun sup }dihiris

Sedikit gula & garam


Cara membuat inti:

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.

Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.

Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.

Sebelum diangkat masukkan daun sup.


Bahan-bahan untuk pastri/kulit:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar majerin

air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan

secubit garam masukkan ke dalam air


Cara membuat kulit karipap:

Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.

Tuesday, March 17, 2009

Telur Goreng Lombok

Hari ni mencuba resepi baru. Resepi ni di cedok dari blog Koleksi Resepi Pilihan Diana, yang sememangnya terkenal dengan pelbagai resepi yang meyelerakan. Jika ingin melihat langkah demi langkah dalam meyediakan resepi ini, bolehlah di klik di sini.

Telur Goreng Lombok

Bahan-bahannya:-

5 biji telur, direbus dan dikupas kulitnya
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 ulas bawang putih, dihiris
7 batang lada hijau, potong serong sepanjang 1 inci
7 batang cili padi hijau, potong setengah tanpa putus
5 batang cili padi merah, potong setengah tanpa putus
2 sudu makan udang kering, dicuci dan toskan
1 biji tomato, potong baji
asam jawa (sebesar setengah biji telur ayam)
air secukupnya
1 inci belacan
garam secukup rasa
gula jika suka
serbuk perasa jika suka
minyak secukupnya

Cara-caranya:-

1. Telur direbus dan dikupas kulitnya.

2. Panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kulitnya kekuningan. Angkat, toskan dan ketepikan.

3. Asam dan belacan diramas bersama semangkuk air. Ketepikan.

4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar, lada hijau, cili padi hijau dan merah sehingga layu sedikit.

5. Bila bahan-bahan yang ditumis telah mula layu, masukkan udang kering dan gaul rata. Masak lagi selama 3 minit.

6. Kemudian masukkan air asam dan belacan yang telah disediakan tadi. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa jika suka.

7. Masukkan pula telur yang telah digoreng tadi dan renehkan kuahnya sehingga mendidih. Rasakan kuahnya jika ada kurang boleh tambah apa-apa perasa yang patut. Mesti ada rasa masin, masam dan pedas.

8. Setelah kuah mendidih, masukkan tomato gaul rata dan padamkan api. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Friday, February 27, 2009

Sayur Campur Tahu Telur

Biasa makan tahu telur? Tak berapa arif sangat memasaknya. So hari ni try la goreng then campur ngan sayur. Sedap jugak. Resepi mudah saja.. macam kita masak sayur campur cuma tahu telur tu kita potong dan goreng dahulu. Masa goreng tahu ni, kena tutup kuali sebab meletup-letup, maybe sebab tahu ni banyak air.

Monday, February 16, 2009

Caramel Puding

Caramel Pudding lagi.. hehe.. Along dan adik suka sangat makan tapi babanya tak berapa suka. Kali ni buat banyak sikit. Resepi boleh lihat di sini.


Sunday, February 15, 2009

Tom Yam Campur

Hari ni masak tom yam. Makanan kegemaran seisi keluarga.. hehe. Rasanya semua orang dah tahu nak buat tom yam kan.

Friday, January 30, 2009

Mee Bandung Tulang

Salah satu dari menu kegemaran seisi keluarga (terutamanya baba.. hehe). Resepinya macam kita buat mee bandung biasa cuma daging kita gantikan dengan tulang. So tulang tu macam biasalah kena rebus dulu sampai empuk.. then buatlah macam mee bandung biasa. Memang rasanya lebih enak sebab manis dari air rebusan tulang itu.